Pages

Thursday, November 7, 2013

Hijrah Buat Diriku.

 
 
Alhamdulillah, sudah melangkah kita ke tahun baru 1435 Hijrah. Jangan pula dilupakan segala amalan kita di tahun yang lepas. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan pengajaran..
 
Syukur kepada Allah S.W.T, aku masih bernyawa di muka bumi ini untuk menikmati segala nikmat yang diberikan olehNya kepada diriku ini. Sebagai seorang insan biasa, aku tidak mampu lari dari melakukan kesilapan. Sesungguhnya mudah untuk diri ini terleka.
 
Aku sedar akan sesutau yang amat penting. Bagaimanakah caranya untuk kita sebagai manusia mengawal diri tatkala kita ditimpa musibah ataupun diuji dengan dugaan? Melalui pengalaman diriku, apa yang aku tahu, ianya adalah tidak mudah kerana kita ini hanya seorang manusia biasa tak terlepas dari melakukan dosa apatah lagi untuk mengawal emosi diri ketika menghadapi dugaan hidup. Tetapi, ianya juga tidak mustahil untuk dilakukan. Sekiranya hati ini kuat dan semangat yang ada itu masih kukuh di dalam jiwa in shaa allah kita mampu untuk mengawalnya. Pertama sekali, perlulah kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang kewajipan kita kepada Allah S.W.T. Jikalau kita diuji olehNya, ia adalah kerana Allah menyayangi kita dan kita juga tidak akan diuji dengan dugaan yang tidak mampu untuk kita hadapi. Setiap dugaan yang mendatang sesungguhnya menjadikan diri kita lebih kuat dan tabah dalam menempuh hari mendatang. Percayalah jika kita merasakan diri ini susah, masih ramai lagi insan di luar sana yang menghadapai nasib yang lebih teruk dari kita, sekiranya kita merasakan diri ini senang, jangan lupa bahawa masih ada yang lebih senang dari kita di luar sana. Walau apa jua yang berlaku, bersyukurlah kita dengan setiap kejadian yang menimpa diri kita, sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu juga adalah kerana ketentuan dari Allah S.W.T dan pasti ada hikmah di sebaliknya.
 
Apakah maksud hijrah bagi diriku? Yang pastinya aku bukanlah seorang insan yang sempurna, aku ada melakukan kesilapan dan dosa, tetapi aku masih mampu untuk sedar dan bertaubat akan setiap dosa yang telah aku lakukan. Tidak mudah untuk nak berubah, ia akan mengambil masa dan memerlukan keyakinan hati yang kuat supaya sesudah kita bertaubat, kita tidak akan melakukan lagi perbuatan yang sama di kemudian hari. Ya, memang mudah untuk mulut berbibacara, "Berubahlah ke arah kebaikan, tinggallah perkara yang buruk, janganlah kau melakukan dosa". Tetapi itu semua bergantung kepada diri sendiri juga, bagaiamanakah cara kita dididik dan apakah yang patut kita lakukan supaya dijauhi dari melakukan dosa ataupun maksiat. Tiada orang lain yang mampu untuk mengubah diri kita jika tidak kita sendiri mengubahnya. Ibu - bapa, rakan - rakan hanya mampu berdoa dan memberikan petunjuk kepada kita ke arah kebenaran tetapi akhirnya kita jualah yang menentukan aopa yang akan kita lakukan. Terlalu banyak godaan di luar sana, jika kita tidak cukup kuat iman dan masih tidak pasti tentang kewajipan kita sebagai hamba Allah S.W.T di muka bumi ini, begitu mudah untuk kita terjerumus ke lembah maksiat dan seterusnya melakukan dosa dan semakin jauh dari keredaan Alah S.W.T. Namun, setiap manusia yang melakukan dosa atau maksiat masih mampu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T sekiranya dia bersungguh-sungguh mahu mengubah dirinya ke arah kebaikan. Allah S.W.T sentiasa mengampunkan hamba-hanyaNya. Aku berazam untuk menjadi seorang anak yang solehah, yang mendengar kata, yang baik dan berusaha sedaya upaya aku untuk mengurangkan masa aku dari terleka melakukan perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah buat diriku. Aku tidak mampu berjanji tetapi, in shaa Allah aku akan berusaha sedaya upayaku untuk melakukan apa yang aku termampu. Mudah mudahan aku dapat menerima petunjuk dari Allah S.W.T, berserta doa dari kedua ibu - bapaku dan rakan - rakanku. AMIN............